Surau
Aktiviti Surau Raudhatul Ilmi
Jun 20th
Untuk pengetahuan semua Muslimin dan Muslimat, Surau Raudhatul Ilmi akan mengadakan aktiviti – aktiviti berikut:
1. Mesyuarat Agung 2007
2. Sambutan Israk Mikraj
3. Bengkel Motivasi Kekeluargaan
Rayuan derma untuk rakyat Kemboja
May 9th
Dalam ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul yang lalu, Dr Jamnul Azhar ada menceritakan tentang kesusahan yang dialami oleh penduduk Islam di Kemboja. Beliau juga memaklumkan Klinik Dr Jamlul Azhar mempunyai tabung kutipan derma untuk membantu rakyat Kemboja yang serba kekurangan itu.
Kepada sesiapa yang berhajat untuk melakukan amal jariah dan ingin menderma kepada tabung tersebut boleh lah mendepositkan derma ikhlas tersebut kedalam akaun berikut:
Nama Bank: Bank Islam Malaysia Berhad
No Akaun : 02011010081112
Nama Akaun : Klinik Dr Jamnul Azhar
Semoga derma ikhlas anda akan mendapat balasan dari Allah SWT.
Gambar sekitar Ceramah Maulidur Rasul di Surau Raudhatul Ilmi
May 4th
Alhamdulillah…. ceramah Maulidur Rasul yang tertangguh sebelum ini telah dapat diadakan pada malam ini Majlis baru saja berakhir jam 10.30 malam .. kira-kira 45 minit yang lepas.
Kehadiran adalah amat membanggakan. Walaubagaimanapun di harap lebih ramai jemaah dari Desaminium Rimba dan Flora akan menghadiri ceramah agama di masa akan datang, bukan saja untuk menambah ilmu agama tetapi juga berkenalan dengan jiran tetangga yang lain semoga merapatkan silaturrahim sesama kita.
Di siarkan disini gambar gambar dan video yang sempat dirakam didalam majlis tersebut. Lebih banyak gambar akan di siarkan didalam laman web Surau Desaminium. Rakaman ceramah agama ini juga sedang di upload kan ke YouTube untuk tatapan mereka yang tidak berkesempatan menghadiri majlis ilmu tersebut. Rakaman video ini akan di siarkan di laman web Surau Desaminium secepat mungkin.
Majlis Maulidur Rasul di tunda ke 4hb Mei 2007
Apr 12th
Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang dirancangkan pada hari esok terpaksa ditunda kepada tarikh yang baru 4hb Mei 2007 (Jumaat). Pindaan ini terpaksa dibuat atas sebab penceramah Jemputan tidak dapat hadir pada hari esok kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Notis Mesyuarat Surau Raudhatul Ilmi
Feb 21st
Satu notis Mesyuarat Surau Raudhatul Ilmi telah di siarkan di laman web Suaru@Desaminium. Sila klik disini untuk maklumat lanjut.
Video Ibadah Korban Hari Raya Haji
Jan 6th
Beberapa video di sekitar Hari Raya Korban di Surau Raudhatul Ilmi untuk tatapan anda.
Laman Web Surau@Desaminium
Dec 30th
Alhamdulillah, sebuah laman web khusus untuk Surau Raudhatul Ilmi dan Surau Aqasyyah telah siap dibangunkan. Laman web tersebut, Surau@Desaminium yang berkonsepkan weblog ini dibangunkan dengan menggunakan perisian WordPress. Mulai dari hari ini, semua berita berkaitan dengan Muslimin dan Muslimat Taman Desaminium, aktiviti-aktiviti Surau Raudhatul Ilmi dan Surau Aqassyah akan siarkan di laman web Surau@Desaminium.
Di harapkan lebih ramai penduduk beragama Islam Taman Desaminium akan memenafaatkan laman web terbaru ini. Semoga segala usaha dan kerja-kerja yang kita lakukan untuk menegakkan syiar Islam di Taman Desaminium akan mendapat ganjaran pahala dari Allah. Insyallah.
Top Commenters