Surau
Majlis Ceramah Sempena Sambutan Maal Hijrah 1429H
Jan 8th
Berhubung dengan perkara diatas, kami ingin memaklumkan bahawa pihak surau akan mengadakan majlis sambutan tersebut pada masa tarikh seperti berikut :-
Tarikh : 12 Jan 2008M / 3 Muharam 1429H
Hari : Sabtu
Masa : 7:00 petang
Tempat : Surau Raudhatul Ilmi, Tmn Desaminium Rimba
Penceramah : Ustaz Mohamad Nizam (Penceramah Bebas)
Pihak AJK Surau mengharapkan kerjasama daripada semua muslimin dan muslimat untuk datang beramai-ramai bagi mengimarahkan Surau kita ini. Semoga segala ibadah kita mendapat keberkatan, keredhaan dan ganjaran dari Allah S.W.T
Sekian terima kasih
Majlis Gotong Royong dan Karnival Penduduk Taman Desaminium
Dec 11th
Satu Majlis Gotong Royong dan Karnival Penduduk Taman Desaminium, anjuran bersama PreMC, Surau Raudhatul Ilmi dan Jusco Taman Equine, akan di adakan seperti berikut:
Kursus Jahitan Manik
Sep 23rd
Pada 16 September 2007 yang lalu, Kaum Muslimah telah mengadakan kursus jahitan manik bertempat di Surau Raudhatul Ilmi. Seramai 7 orang peserta telah menyertai kursus tersebut dengan bayaran sebanyak RM100/seorang. Kursus yang berlangsung selama 4 jam itu telah mengajar peserta tentang teknik menjahit Manik pada pakaian yang menjadi fesyen masa kini. Terdapat 3 orang peserta dari luar taman Desaminium juga turut menyertai kursus ini. Kusus ini diperingkat asas dan sekiranya ramai yang berminat, pihak Muslimah akan cuba mengadakan kursus diperingkat lanjutan di masa akan datang.







BBQ AJK Surau Raudhatul Ilmi
Sep 23rd
Pada 31 Ogos 2007 yang lalu, bertempat di Surau Raudhatul Ilmi satu majlis BBQ telah diadakan dikalangan AJK Surau dan ahli keluarga mereka. Majlis ini disertai seramai 60 orang dari 14 keluarga AJK. Semua AJK menyumbangkan bayaran bagi menjayakan majlis ini. Tujuan BBQ ini diadakan sebagai menyambut kehadiran Ramadhan, mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan AJK surau dan keluarga serta meraikan segala usaha yang telah dilakukan oleh AJK bagi memberikan wajah baru kepada Surau kita.














Berbuka puasa di surau Raudhatul Ilmi
Sep 19th
Assalamualaikum W.B.R
Selamat menjalani ibadah puasa bagi semua muslimin & Muslimat. Pada hari Sabtu ini Surau Raudhatul Ilmi akan mengadakan majlis berbuka puasa. Seperti tahun-tahun yang lepas konsep “Pot Luck” digunakan untuk Majlis berbuka puasa ini. Kepada yg berminat untuk menyertainya bolehlah datang ke surau pada hari Khamis ini selepas solat terawih untuk berbincang tentang juadah yang ingin dibawa.
Ceramah Ramadhan
Sep 19th
Diatas maklum balas orang ramai yang hadir pada Majlis Sambutan Israk & Mikraj yang lalu, maka kami pihak AJK Surau telah sekali lagi menjemput penceramah jemputan ini bagi menyampaikan ceramah bersempena bulan Ramadhan ini.
CERAMAH RAMADHAN
PENCERAMAH JEMPUTAN : USTAZ ZULKARNAIN BIN HAMZAH
PADA : 23 SEPTEMBER 2007 (11 RAMADHAN 1428H)
HARI : AHAD
MASA : 8:30 MALAM
TEMPAT : SURAU RAUDHATUL ILMI
SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
Surau Raudhatul Ilmi berwajah baru
Aug 11th
Klik disini untuk gambar-gambar lain wajah baru Surau Raudhatul Ilmi.

Gambar-gambar di sekitar Bengkel Motivasi Keluarga
Aug 11th
Untuk melihat gambar-gambar lain di sekitar Bengkel Motivasi Keluarga baru-baru ini, sila klik disini.


Bengkel motivasi keluarga
Jul 31st
Satu bengkel motivasi keluarga akan di adakan di Surau Raudhatul Ilmi 5hb Ogos 2007. Dapatkan maklumat lanjut di laman web Surau@Desaminium.
Penyata Kewangan Surau Raudhatul Ilmi 2006
Jul 2nd
Untuk makluman Muslimin dan Muslimat, Penyata Kewangan Surau Raudhatul Ilmi bagi tahun 2006 ada di siarkan di laman web Surau@Desaminium.
Top Commenters