Posted by Webmaster on 22nd March 2008
Hasil dari pertemuan antara En Ghaffar dan pihak pemaju Sekolah, berikut disertakan maklumat mengenai projek Sekolah di Taman Desaminium.
Projek sekolah ini dimajukan oleh DURABLE CONCRETE SDN BHD & PASTI FOKUS SDN BHD
SEK. RENDAH KEBANGSAAN TAMAN DESAMINIUM
3 Blok 3 tingkat
Kemudahan:-
24 Bilik Darjah
1 Bangunan Pra-Sekolah
2 Bilik Sains
1 Bilik Kemahiran Hidup
1 Bilik Pendidikan Seni
2 Bilik Komputer
1 Bilik Muzik
1 Kelas Pemulihan
1 Blok Pentadbiran, Kantin dan Dewan
SEK. MENENGAH TAMAN DESAMINIUM
5 Blok 3 Tingkat
Kemudahan:-
30 Bilik Darjah
3 Makmal Sains
2 Makmal Biologi
2 Makmal Fizik
2 Makmal Kimia
2 Makmal Komputer
1 Bilik Pendidikan Seni
2 Bengkel Kemahiran Hidup
3 Bengkel Ekonomi Rumah Tangga (Masakan, Jahitan, Pengurusan Kediaman)
1 Makmal Bahasa
1 Bilik Muzik
1 Bilik Matematik
1 Bilik Sejarah dan Geografi
1 Bilik Kebal
1 Blok Pentadbiran, Kantin dan Dewan
Padang Sekolah berkongsi antara Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah.

Posted in School | 4 Comments »
Posted by Webmaster on 22nd March 2008
Setelah hampir 2 tahun menunggu projek Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Taman Desaminium dimulakan, akhirnya segala usaha itu telah menampakkan hasilnya. Bermula dari Rancangan Malaysia Ke-8 sehingga memasuki Rancangan Malaysia Ke-9 (Tahun ke 2) projek ini telah dikategorikan sebagai Projek Utama (Priority Project). Saya telah dimaklumkan oleh pihak Jabatan Pelajaran Selangor sewaktu kunjungan ke JPS 2 tahun lalu, projek Sekolah Rendah ini adalah yang ke-2 dan Sekolah Menengah ini adalah yang ke-3 Prioriti dalam Negeri Selangor. Namun disebabkan oleh beberapa masalah status tanah tapak sekolah tersebut, maka projek ini ditangguhkan sehingga masalah ini dapat diselesaikan. Akhirnya pada awal tahun ini segala masalah ini dapat diselesaikan.
Kini projek ini akan bermula. Pihak kontraktor yang bertanggungjawab telah pun memulakan kerja memasang tembok (zink) bagi memagari kawasan sekitar projek ini. Harapan kita semua khususnya Penduduk Taman Desaminium dan Amnya semua penduduk dikawasan sekitar, agar projek ini akan berjalan dengan lancar seperti yang dijadualkan. Saya dimaklumkan oleh wakil kontraktor projek ini akan mengambil masa lebih kurang 18 bulan (1 tahun setengah) untuk disiapkan. Dengan adanya sekolah ini akan memudahkan anak-anak Taman Desaminium untuk menuntut ilmu dengan tempat yang selesa dan dekat, serta ianya akan menjadi satu mercu tanda kemegahan kita di Taman Desaminium ini.



Posted in School | No Comments »