Rimba
Mengimarahkan Surau: Ceramah “Gaza Menangis”
Apr 17th
PERHATIAN: TARIKH BARU UNTUK CERAMAH GAZA MENANGIS

Penceramah: Yang Berbahagia Ustaz Riduan Mohamad Nor(Anggota NGO Muslim Care)
Tajuk Ceramah: GAZA MENANGIS
Tarikh: 17 MAY 2009
Masa: Selepas solat Maghrib
Tempat: Surau Raudhatul Ilmi, Desaminium Rimba
Kutipan derma akan dibuat bagi membantu rakyat Palestine melalui Tabung Muslim Care
Jamuan Makan Malam akan disediakan.
Sesiapa yang berminat untuk menyumbang jamuan makan boleh menghubungi:
En Hj Hassan (Pengerusi Surau) 013-3883147
En Halim (Imam Surau) 019-261 2804
Unit for rental at Merbau
Dec 1st
desaminium block merbau for rent. RM650/month.
(deposit 2+1+rm200 utility deposit).
available NOW!!!contact
azmi
019-2312345
Desaminium Rimba apartment for rental
Apr 8th
I would like to rent out my apartment in Blok Kruing. 5R 3B complete with kitchen cabinet and water heater. Available in May. RM600pm.
Contact details:
Junita
jujomy@gmail.com
012-2265167
Tangki air Desaminium Rimba pecah
Mar 31st
Pada hari Ahad 30/3/08, penghuni Block Keruing Desaminium Rimba telah digemparkan dengan satu bunyi dentuman yang kuat kira-kira jam 11:00 pagi akibat dari tangki air di tingkat 20 telah pecah. Saya telah dimaklumkan mengenai kebocoran tangki air tersebut pada hari Jumaat oleh penghuni tingkat 20, dan beliau telah melaporkan kepada pihak YBR. namun kerja-kerja pembaikan dijangka akan dibuat pada hari Isnin 31/3. Jadi pada pagi tersebut saya telah merakamkan beberapa keping gambar untuk rekod (kira-kira jam 9:30 pagi) dan telah memaklumkan kepada pihak YBR. Untuk rekod tangki tersebut telah 2 kali bocor sebelum ini dan telah ditampal oleh pihak kontraktor. Namun kira-kira jam 11:00 pagi sewaktu saya masih berada di tingkat 20 tiba-tiba kedengaran bunyi dentuman yang kuat dan air yang deras telah melimpah dari atas akibat dari tangki air itu telah pecah. ini telah mengakibatkan kerosakan harta benda penghuni tingkat 20 dan membahayakan nyawa penghuni tersebut. Dua laporan polis telah dibuat mengenai kejadian tersebut. Untuk tatapan umum disertakan gambar-gambar sebelum dan selepas tangki tersebut pecah.




Ab Ghaffar Bin Mohammed
Pengerusi
JMB Rimba
Desaminium Rimba: Dialog bersama PreMC
Sep 25th
Kepada semua Penduduk Taman Desaminium Rimba,
Anda dijemput hadir ke satu sesi Dialog bersama Pra-Perbadanan Pengurusan pada masa dan tarikh berikut :-
Tarikh : 30 September 2007
Masa : 10:00 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna Desaminium Rimba
Agenda Dialog :-
· Penyerahan Salinan Akaun Pengurusan Beraudit tahun berakhir 30 April 2006
· Panduan Keselamatan di Musim Perayaan
· Perkara Berbangkit
Kerjasama dan Kehadiran anda amat kami harapkan
Terima Kasih
Gotong royong di Surau Raudhatul Ilmi
Aug 30th
Satu majlis gotong royong di Surau Raudhatul Ilmi akan di adakan pada hari Sabtu 1hb September 2007 jam 9.30 pagi. Gotong royong ini diadakan untuk membersihkan surau dan kawasan sekeliling bagi menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam yang beriman. Semua muslimin dan muslimat dari Taman Desaminium di jemput hadir dan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan secara ikhlas sudah tentu akan dibalas dengan ganjaran pahala dari Allah s.w.t.
PreMC: 9 bulan untuk dapatkan ‘Audited Account’ dari Desaminium Jaya.
Aug 21st
Akhirnya setelah hampir 9 bulan menunggu, kini pihak kementerian telah berjaya mendapatkan audited maintenance account bagi tahun berakhir 30 April 2006 dari pihak Desaminium Jaya Sdn Bhd. Usaha ini telah kami lakukan bermula dari bulan Nov 2006, dimana pihak Pre-MC telah memohon dari pihak Desaminium Jaya agar memberikan a/c ini. Namun pihak pemaju sentiasa memberi alasan dan melambatkan pengeluaran audited a/c ini. Sehingga pada bulan April pihak Pre-MC telah membuat laporan kepada Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasaan kementerian Perumahan da Kerajaan Tempatan. Dan pada 16 Ogos yang lalu pihak kami telah menerima salinan laporan a/c ini dari pihak Kementerian.
Pre-MC akan mengadakan perjumpaan dengan penduduk dalam jangka masa yang terdekat bagi memberi salinan penuh Audited maintenance a/c ini. Penyata kewangan ini penting bagi memastikan pihak Desaminium Jaya melalui ajennya YBR Management Services menguruskan sumber kewangan Desaminium Rimba dengan berhemat. Saya juga ingin menasihatkan agar semua penduduk dapat membuat bayaran Maintenance charges bagi mengelakkan tunggakan yang tinggi dan akhirnya menimbulkan kesukaran sekiranya anda diminta berbuat demikian dimasa akan datang. Kita mengharapkan agar JMB (Joint Management Body) dapat ditubuhkan secepat mungkin bagi memastikan integriti dalam pengurusan kediaman kita. Diharap penduduk Flora juga boleh meminta Audited A/C bagi tahun 2006 dari pihak pemaju.
Laporkan masalah kebocoran sebelum Oktober 2007
Jul 14th
Kepada penduduk yang mempunyai masalah kebocoran (water leaking), keretakan atau apa jua masalah di unit masing-masing, anda dinasihatkan agar membuat laporan kepada pihak YBR Management (En Mustafa) secepat mungkin. Ini kerana pihak YBR akan cuba menyelesaikan masalah ini dalam tempoh terdekat (selewat-lewatnya sebelum Oktober 2007).
Sekiranya anda pernah membuat aduan sebelum ini kepada pihak YBR (samada kepada En Johari, En Raj atau En Ahmad Kamal atau building Manager di Flora) tetapi masalah ini masih belum diatasi, sila bawa bersama salinan aduan anda (sertakan gambar sekiranya ada) kepada YBR.
Bagi anda membuat aduan selepas Oktober 2007, pihak YBR tidak akan membaik pulih kerosakan itu, sebaliknya anda harus menanggung segala kos baik pulih.
Terima kasih
Pengerusi
Pre-Management Corporation.
Mesyuarat Agong Tahunan PPTD
Jul 14th
MESYUARAT AGONG TAHUNAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESAMINIUM (RIMBA) KALI KE-3
TARIKH 29 JULAI 2007
MASA 10:00 PAGI
ATURCARA MAJLIS
A. Pendaftaran Ahli Persatuan
B. Ucapan Pengerusi Majlis
C. Bacaan Doa
D. Ucapan Pengerusi Persatuan Penduduk
E. Mesyuarat Bermula
AGENDA MESYUARAT
1. Membentangkan Minit Mesyuarat Agong Kali Ke-2
2. Mengesahkan minit mesyuarat agong Kali Ke-2
3. Membentangkan Penyata Tahunan Berakhir pada 31 Dis 2006
4. Mengesahkan Penyata Tahunan
5. Membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan
6. Membincangkan Perkara-Perkara Berbangkit :-
a) Pemilihan Jawatan AJK
b) Pindaan Perlembagaan Persatuan
c) Lain-lain
7. Ucapan Penangguhan
F. Jamuan Ringan
G. Majlis Bersurai
SEMUA PENDUDUK FLORA DAN FLORA DI JEMPUT MENGHADIRI MESYUARAT AGONG TAHUNAN INI.
SILA PASTIKAN ANDA MEMBAYAR YURAN TAHUNAN (RM20) BAGI MEMBOLEHKAN ANDA BERHAK UNTUK MENGUNDI/ DIUNDI.
Rapid KL bus services via Desaminium Flora started today
Apr 21st
Latest news from PreMC Chairman En Ghaffar. Rapid KL bus service from Puncak Jalil to Serdang Commuter Station via Desaminium Flora started today 21st April 2007. Thanks to PreMC and PPTD for their efforts to bring this much needed service to Taman Desaminium folks. Thanks also to En Azaruddin from Blok Merbau who had been helping En Ghaffar taking relevant photos to be submitted to Rapid KL sometimes last year.
There is some hiccup though. In the original submission by PreMc and PPTD, the bus service is supposed to serve right through to the entrance of Desaminium Rimba, however due to the presence of horizontal steel bar near the round about at the entrance to Taman Desaminium, the bus service can only do it’s round at the roundabout next to Desaminium Flora. En Ghaffar had informed that PreMC and PPTD will write to YBR to remove the steel bar to allow the bus to ply its route right to the entrance of Desaminium Rimba. Let’s hope YBR will respond to this request positively.
Controrary to some allegations that PreMC and PPTD don’t do much for the residents, the results just show otherwise. PreMC and PPTD care for the residents. If only the residents give their care as much as the PreMC and PPTD do, we will achieve much better results.
Top Commenters