Persatuan Penduduk Taman Desaminium
Desaminium Property Wanted Ads

Archive for the 'Hari Raya Aidil Fitri' Category


Gambar sekitar sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2007 Taman Desaminium

Posted by Webmaster on 17th November 2007

Alhamdulillah Majlis Ramah Mesra bersempena Hari Raya telah dapat berjalan dengan lancar. Seramai lebih kurang 200 orang telah hadir dari kalangan penduduk yang berbilang kaum. Semua hadirin kelihatan gembira dengan telatah anak-anak mereka yang dihiburkan oleh badut yang dijemput bagi memeriahkan majlis ini. Disamping dapat beramah mesra dikalangan jiran tetangga, semua tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah yang menyelerakan.

Diharap pada tahun hadapan pihak Surau dapat menganjurkan banyak lagi pelbagai aktiviti kemasyarakatan bagi mengeratkan hubungan sesama jiran tetangga. Pihak kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada penduduk yang telah sudi hadir bagi memeriahkan majlis ini. Tidak lupa juga diucapkan jutaan terima kasih kepada AJK Surau dan individu yang telah berusaha menjayakan majlis ini, semua penduduk yang menghulurkan sumbangan derma dan pihak Desaminium Jaya yang telah memberi sedikit peruntukan bagi menjayakan Majlis ini.

Terima Kasih Daun Keladi,
Semuga Tahun Depan Berjumpa Lagi.

commitee.jpg

dsc00888.JPG

dsc00897.JPG

dsc00898.JPG

dsc00900.JPG

dsc00916.JPG

dsc00919.JPG

dsc00922.JPG

Posted in Hari Raya Aidil Fitri | No Comments »