23hb Oktober 2006

Semalam emak sibuk blander semua bahan untuk masak rendang daging dan ayam masak merah. Aku cuma balik pagi itu. Mak sudah siap menempah 5 kilo santan, 6 kilo daging dan 3 ekor ayam. Ketupat telah siap di anyam hanya menunggu masa untuk di isi. Biasanya mak basuh beras lemang dan ketupat selepas sahur dan biarkan kering.
Di dapur buluh lemang yang telah siap di letakkan daun pisang di dalamnya cuma belum di isi beras pulut. Aku dan suami bergegas menukar pakaian. Abah sibuk menghidupkan api untuk membakar lemang dan merebus ketupat.
“Cepat daging dengan ayam sedang menanti untuk di siangâ€kata emakku
“Sekejap, isi ketupat duluâ€kataku. Cepat-cepat aku mengisi kelongsong ketupat dan membetulkan mana-mana anyaman ketupat yang longar supaya beras tidak terkeluar semasa merebus.
Anak-anakku sibuk berlari di keliling rumah bermain bersama sepupu yang lain. Nenek mula mengisi beras pulut ke dalam buluh dengan di bantu oleh suamiku. Suamiku memang pembantu khas dan tetap nenek untuk membuat dan memasak lemang.
“Sudah boleh bakar lemangâ€kata abah.
Nenek keluar dari dapur dengan membawa santan. Dia telah meletakan sedikit garam. Kemudian santan itu di masukan ke dalam buluh yang telah berisi dengan beras pulut. Suamiku akan meneliti santan yang nenek masukan supaya tidak terlebih. Jika terlebih, nanti lemang lembik.
“Along, air ketupat sudah mengelegakâ€panggil Ita, adik iparku
“Ok datangâ€aku membawa sedulang ketupat yang sudah di isi.
Ita membantu memasukkan ketupat ke dalam periuk. Kemudian aku ke pangkin untuk membantu emak menyiang ayam dan daging. Biasanya emak akan beli sedikit daging, campur paru, limpa dan hati. Biasalah selera orang tua.
“Ita, api ketupat jangan marak sangatâ€pesan emak
“Daging ini keras sikit sebab masih beku lagi masa diaorang hantar pagi tadiâ€kata mak bila melihatkan aku terkial-kial memotong daging.
Selesai menyiang dan membasuh daging dan ayam, mak mengeluarkan bahan-bahan untuk memasak rendang dari peti sejuk.
“Along, goreng ayam separuh masakâ€arah mak
“Ita, masak santan untuk rendangâ€kata mak lagi
Aku terus ke dapur. Ita terus menyediakan kuali besar untuk memasak rendang.
“Mak, santan ni nak habiskan ke?â€tanya Ita
“Habiskan, biar santan pekat sikit. Ayam masak merah guna santan lainâ€kata emak
Emak telah memerap daging beserta dengan kunyit, lengkuas, serai dan cili yang telah di mesin dan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah di hiris.
Bila santan sudah pekat, emak memasukkan daging ke dalam kuali. Suamiku mulai menyusun lemang di tempat pembakaran. Aku sesekali mengintai ketupat di dalam periuk dan mengoreng ayam. Cuaca amat panas, di tambah pula dengan api lemang.
“Ya Allahâ€jerit suamiku sambil berlari ke arah lemang
Aku turut terkejut dan ikut berlari mendapatkannya. 30 batang lemang semua jatuh. Besi penyandar lemang terlerai ikatanya. Cepat-cepat aku dan suami mengambil lemang dan meletakkan di bahagian lain.
“Habis la lemangâ€keluh emakku bila melihat kejadian berlaku
“Hanya santan sahaja yang tumpah, tapi beras tidakâ€kataku cuba menenangkan emak yang mula panik.
“Mana nak cari santan?â€soal mak
“Baki santan yang ada cuma untuk masak rendang sahajaâ€bebelnya lagi
Emak masuk ke dalam rumah. Aku dengar emak mula membebel.
“Mesti mengomel dengan abahâ€kataku kepada suami
“Tidak mengapa, kita lap sahaja buluh ni. Lagipun tak ada pasir punâ€kata suamiku sambil mengikat semula besi untuk menyandarkan lemang
“Mak, kami pergi beli santan. Mungkin kelapa parut ada lagi jika santan dah habisâ€kata suamiku
Mak hanya diam sahaja. Muka mak menampakkan mak mula susah hati. Lemang habis jatuh. Bimbang santan habis begitu juga dengan kelapa parut.

Rezeki masih ada. Di kedai ramai orang beratur untuk membeli kelapa parut.
“Pakcik, santan ada tak?â€tanyaku
“Santan habis, tapi kelapa parut adaâ€katanya
“Hem, lupa pula nak tanya mak, kalau kelapa parut berapa biji yaâ€aku mengalihkan soalan kepada suamiku. Segera suamiku menghubungi emak tapi talian sibuk.
“Talian sibuk. Ni entah siapa la main telefonâ€rungut suamiku
“Kita minta kelapa parut lima biji laâ€cadangku dan terus meminta pakcik kedai memarutkan lima biji kelapa.
“Mak, 5 biji kelapa parut cukup tak?â€tanya suamiku
“Kelapa parut?. Santan dah habis?â€soal mak balik, aku angguk
Mak mengambil kain dan mula memerah. Ita terus mengacau rendang daging. Aku pula terus melihat ketupat yang sedang di rebus. Ketupat hampir masak. Jam 2petang lemang yang di bakar hampir kering. Nenek sudah mula menutup muncung buluh dengan daun pisang dan mengikatnya supaya tidak terjatuh. Ketupat sudah pun di angkat dan di basuh untuk mengelakkan warna ketupat menjadi merah.
Suamiku menjangkakan dalam pukul 3.30 lemang boleh di angkat. Tiba-tiba hujan pula turun. Sekali lagi suamiku, aku dan Ita berlari ke tempat pembakaran bagi menyelamatkan lemang “Macam-macam kejadian hari iniâ€kata emak sebaik selesai menyelamatkan lemang
Kami cuma diam. Tidak larat bersuara. Letih berkejar kesana kesini di tambah dengan puasa menyebabkan kami malas untuk bercakap.
“Petang ini kita berbuka dengan lauk rendang daging dan ayam masak merahâ€kata emak
Aku dan Ita saling berpandangan dan tersenyum. Lega tak payah masak lagi. Masa berbuka emak hidangkan “lemang tumpahâ€.
“Nenek, tahun ini lemang sedap laâ€puji anakku
“Memang la sebab ini lemang tumpahâ€kata emak selamba
Kami semua ketawa mendengar perkataan “lemang tumpahâ€.
Hari raya pertama ramai saudara mara yang memuji mengatakan lemang tahun ini lebih sedap dan lembut berbanding dengan tahun sebelumnya. Hasilnya lemang tumpah kami habis di jamu kepada tetamu di penghujung hari raya pertama lagi.
Salam Aidilfitri untuk semua!
Oleh :
NOORUL
BLOK KERUING