Posted by Webmaster on 22nd March 2008
Pada pukul 7:30 malam ini, kita telah dikejutkan dengan satu lagi kes pecah rumah telah berlaku di Desaminium Rimba (Blok Chengal). Kejadian disedari oleh penghuni rumah tersebut (penyewa) setelah mereka pulang ke rumah dari tempat kerja. Pihak pencuri tersebut telah memecahkan mangga di grill rumah berkenaan dan seterusnya memecahkan tombol pintu bagi memasuki rumah berkenaan. Menurut salah seorang (jiran tetangga), beliau ada melihat 3 orang lelaki dihadapan pintu unit tersebut kira-kira jam 4 petang. Namun tidak dapat melihat dengan jelas rupa mereka dan tujuan mereka disitu. Pihak penghuni telah membuat laporan polis di Balai Polis Seri Kembangan.
Pihak kami ingin mengingatkan sekali lagi kepada semua penduduk agar meningkatkan tahap keselamatan diunit masing-masing disamping melaporkan kepada pihak Polis sekiranya terdapat sebarang kejadian yang mencurigakan.



Webmaster: Diharap JMB yang baru di tubuhkan dapat mempertimbangkan pemasangan CCTV dengan kadar segera.
Posted in Chengal, Security | 2 Comments »
Posted by Webmaster on 28th January 2007
Webmaster menerima laporan berikut dari En Ghaffar mengenai kecurian di Blok Chengal:
2 hari lepas saya menerima aduan dari seorang penduduk di Blk Chengal mengatakan bahawa beliau kehilangan set kerusi dan meja yang diletakkan di koridor rumah beliau. (set yg kecil aje) beliau meletakkan set tersebut yang sudah agak lusuh dikoridor kerana tinggal di end lot (dekat tepi tangga) jadi tidak menghalang ruang koridor sekiranya berlaku kecemasan.
Set kerusi ini telah berada selama lebih kurang 8 bulan disitu tetapi baru 2 hari lepas ianya telah hilang. Beliau menyedari kehilangan tersebut pada pagi Isnin ketika hendak keluar bekerja. Pada waktu malam sebelumnya set kerusi ini masih berada dikoridor kira-kira jam 10 malam. Beliau dapat aduan dari jiran tetangga bahawa mereka juga kehilangan kasut yang diletakkan dihadapan pintu (dalam kawasan grill).
Apa yang ingin dikongsi disini adalah pencuri di Tmn Desaminium ini masih wujud. Semua penduduk haruslah berhati-hati dan jangan meletakkan barang berharga diluar rumah, agar kejadian seumpama ini dapat dielakkan.
Posted in Announcements, Chengal, News, Security | 10 Comments »
Posted by Webmaster on 16th October 2006



All parents…..please be aware of what your children are doing.
Please do not allow them to play with fire. If you do allow them, please make sure they are properly supervised.
If not, this could happen to you. A fire incident had occured at 6th floor Chengal Block just a couple of days ago. As we were informed, apparently the children lit some candles for them to play with some fireworks and had left the candles still burning on top of wooden shoe rack just outside the unit.
It didn’t take long for the candle to finish burning itself and then the wooden shoe rack was also burnt. The results were quite scary and catastrophic.
Luckily only the corridor was badly burnt. But plaster had come off the ceiling. The wiring and lighting were also damaged affecting the front neighbour.
So again, please do not allow your children playing with fire especially around the unit. Ask them to play in the open space on the ground, even then it should be supervised by responsible adults.
Hope we all can learn from this lesson.
Posted in Chengal, News, Rimba, Security | No Comments »