Tangki air Desaminium Rimba pecah
Posted by Webmaster on March 31st, 2008
Pada hari Ahad 30/3/08, penghuni Block Keruing Desaminium Rimba telah digemparkan dengan satu bunyi dentuman yang kuat kira-kira jam 11:00 pagi akibat dari tangki air di tingkat 20 telah pecah. Saya telah dimaklumkan mengenai kebocoran tangki air tersebut pada hari Jumaat oleh penghuni tingkat 20, dan beliau telah melaporkan kepada pihak YBR. namun kerja-kerja pembaikan dijangka akan dibuat pada hari Isnin 31/3. Jadi pada pagi tersebut saya telah merakamkan beberapa keping gambar untuk rekod (kira-kira jam 9:30 pagi) dan telah memaklumkan kepada pihak YBR. Untuk rekod tangki tersebut telah 2 kali bocor sebelum ini dan telah ditampal oleh pihak kontraktor. Namun kira-kira jam 11:00 pagi sewaktu saya masih berada di tingkat 20 tiba-tiba kedengaran bunyi dentuman yang kuat dan air yang deras telah melimpah dari atas akibat dari tangki air itu telah pecah. ini telah mengakibatkan kerosakan harta benda penghuni tingkat 20 dan membahayakan nyawa penghuni tersebut. Dua laporan polis telah dibuat mengenai kejadian tersebut. Untuk tatapan umum disertakan gambar-gambar sebelum dan selepas tangki tersebut pecah.




Ab Ghaffar Bin Mohammed
Pengerusi
JMB Rimba



April 1st, 2008 at 7:08 am
Patutnya pihak management perlu adakan monthly preventive maintainance or at least service log.
April 3rd, 2008 at 2:18 am
Satu lagi tanda kegagalan pihak pengurusan apabila tanah runtuh di sebelah Flora masih lagi tidak selesai hingga ke hari ini. Walau telah di tampal tetapi tanah tersebut masih melorot.
Melorot untuk kali ke 4.
Betapa kerja mereka sebenarnya tidak berkualiti dgn tindakan yang sambil lewa. Inilah yg dikatakan buat kerja seperti melepaskan batuk di tangga.
Dan semalam di awal pagi salah seorang guard rimba didapati mabuk…bercakap seorang dgn jalan terhuyung-hayang di kawasan letak kereta (luar). Macamana nak jaga kediaman kalau diri sendiri pun tak reti nak jaga. Itu pasallah pencuri bermaharajalela.
April 7th, 2008 at 2:05 am
can we do ANYTHING about it?
i mean.. with the incompetent guards, the tank, the thieves.. gosh..before things got worse.. we need to do something about it.. even the clubhouse..
home sweet home..
home horror home?
April 7th, 2008 at 4:09 pm
Wait until the JMB are really function.
I’m trust they (JMC) will perform better than Desaminium Jaya & their agent. Forsure they understand our problem better than what mgmt done now.
July 6th, 2008 at 12:23 pm
why my comment dnt appr…..
July 6th, 2008 at 12:42 pm
hope jmc/jmb be welll done….
last 3 weeks i’hd rent a prking lot …4 my 2nd car as usual.b4 this i dnt know that if u rent a parking n u will get a prking lot n the dsb staff will paint the no at ur prking lot….i’hd paid to the clerk / mustafa…but he said u have 2 park ur car at the visitor parking….i dnt understand some people said u can get the prking lot if u rent it….but what about me….correct me if i’m wrong….pls be fair 2 everybdy…esp me rent the parking lot for about 2 yrs fr my 2nd car….So new mgmt pls answer me…..why the dsb staff esp the shop owner got 3 parking under the bulding…he simply can park his car anywhere under the blding…no clamping…we dont know whether he paid /buy the prking or not….no body know….only the staff know…what so spcl…its very222 unfair dont make people angry…with this matter…come on ..”"”"JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT”"”"”"….TQVM…
July 7th, 2008 at 3:40 am
Kepada JMB/JMC,
Harap dapat bertindak untuk kepentingan bersama. TQ.
Pakat tukar meter
Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my
KAJANG: Penduduk bangunan bertingkat termasuk flet, apartmen dan kondominium di sekitar Lembah Klang perlu berpakat dengan syarikat pengurusan bangunan masing-masing, jika mahu meter air pukal mereka ditukar kepada meter air individu.
Ini kerana Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) tidak mempunyai kuasa mutlak untuk terus menukar meter berkenaan sekiranya syarikat pengurusan bangunan mahupun badan pengurusan bersama (JMB) enggan meluluskan permohonan pertukaran.
Pengurus Besar Komunikasi Koporat dan Hal Ehwal Syabas, Abdul Halem Mat Som, berkata pihaknya tidak boleh melakukan kerja penukaran meter tanpa persetujuan pihak pengurusan atau JMB meskipun, ramai penduduk berkeinginan demikian.
“Hendak sentuh meter air pun kita tidak boleh, inikan pula menukarnya kepada meter air individu kerana benda ini (meter air) di bawah kelolaan syarikat pengurusan atau JMB bagi sesetengah tempat dan Syabas sama sekali tiada kuasa ke atasnya.
“Jadi, saya syorkan mana-mana penduduk yang mahu menyegerakan penukaran meter ini dapatkan persetujuan daripada JMB atau syarikat pengurusan bangunan seterusnya memohon dengan Syabas untuk diadakan program migrasi seperti ini.
“Selepas semua pihak bersetuju baru kami boleh program migrasi penukaran meter air sekali gus buka kaunter pendaftaran akuan individu,” katanya semalam.
Beliau ditemui pada program Pendaftaran dan Kaunter Pembayaran Migrasi Meter Air Pukal ke Meter Air Individu di Kuarters Kakitangan Penjara Kajang, Taman Wira Jaya, di sini kelmarin.
Majlis turut dihadiri Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat (gambar), Pengurus Besar Syabas Wilayah Hulu Langat, Ariff Ibrahim dan Penolong Pesuruhjaya Penjara Kajang, S Gunasegaran.
Abdul Halem berkata, setakat ini pihaknya sudah menerima permohonan migrasi sebanyak 289 membabitkan 74,468 akuan di seluruh wilayah Syabas.
Katanya, daripada jumlah itu sebanyak 82 permohonan membabitkan 15,255 akuan diluluskan, manakala 25 permohonan sudah diaktifkan meliputi kawasan Wilayah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Lumpur, Klang dan Sepang.
“Berdasarkan ini, saya percaya masih ramai lagi penduduk yang belum memohon untuk program migrasi disebabkan kesukaran mereka mendapatkan persetujuan daripada syarikat pengurusan dan JMB,” katanya.
Emel Artikel Cetak Artikel
July 8th, 2008 at 6:16 am
Kepada E_Zam,
Kami akan mempertimbangkan cadangan ini. sebarang keputusan mengenai migration to individual meter ini hanya boleh dibuat dalam AGM/ EGM dan mestilah mendapat persetujuan 100% daripada kesemua pemilik petak (757 unit). Terima kasih atas cadangan anda ini.
JMC
July 10th, 2008 at 11:26 am
jmc,
tqvm …..for ur expltion….srry coz hve to use sms code but u stil undrstnd.. its vry clear 2 me now but to whom i want to ask rgrding parking lot that i hd rent…
tq 4 ur cooprtn….