Persatuan Penduduk Taman Desaminium
Desaminium Property Wanted Ads

Archive for February, 2008

Dua kejadian pecah kereta sewaktu hujan lebat di Blok Keruing

Posted by Webmaster on 27th February 2008

Semua penduduk di seru agar berhati-hati dan segera menjenguk kearah tempat letak kereta jika terdengar alarm kereta berbunyi. Kejadian berikut di ceritakan oleh mangsa sendiri.

Harap maklumat ini dapat dimaklumkan kpd rakan2. Pada pagi semalam sewaktu hujan lebat lebih kurang pukul 2.30pagi kereta saya di blok keruing telah di pecah masuk. Alarm kereta saya berbunyi & apabila saya melihat ke tingkap saya dapati seorg sedang berdiri disebelah pintu kereta saya (dan seorg lagi telah berada didalam kereta saya) dan cermin tingkap kereta saya telah pecah. Saya menjerit ‘ pencuri-pencuri’ dan setelah itu 2 orang dgn memakai rain-coat berlari ke arah kawasan semak di bersebelahan dengan blok keruing.
Saya telefon guard memberitahu hal yg terjadi.kemudian saya turun ke bawah dgn jiran utk melihat apa yg telah terjadi kpd kereta saya, lebih kurang 10 minit kemudian dtg guard dgn menaiki kereta wira (4 org india di dalam nya) memberitahu mereka telah cuba mengejar 2 pencuri tersebut tapi pencuri dpt melarikan diri.
Keesokan pagi saya dapati sebuah lagi kereta wira warna putih juga telah dipecahkan cerminnya hanya 3 meter dari kereta saya.

Saya berharap Joint Management Body yang baru dilantik dapat mengambil langkah berkesan untuk mengawal kejadian seperti ini dengan memasang CCTV di tempat strategik di seluruh Taman Desaminium.

Posted in News | 4 Comments »

Desaminium Rimba Joint Management Body (JMB)

Posted by Webmaster on 26th February 2008

Desaminium Rimba Joint Management BodyPada 23 Februari 2008 yang lalu satu mesyuarat pertama bagi penubuhan JMB telah berlangsung dengan jayanya. Daripada 211 orang pembeli yang layak untuk mengundi hanya 48 orang sahaja yang layak mengundi hadir pada mesyuarat tersebut, selebihnya bertindak sebagai pemerhati. Jumlah penduduk yang hadir pada mesyuarat tersebut dianggarkan seramai 100 orang.

Mesyuarat ini telah berlangsung dari jam 10:00 pagi hingga ke 2:00 petang. Pelbagai isu telah dibincangkan bersama antara pembeli dan pihak pemaju (Desaminium Jaya) serta ajen pengurusan (YBR) seperti yang telah diberikan dalam agenda mesyuarat kepada semua pembeli.

Diakhir mesyuarat, satu Jawatankuasa JMB telah dipilih dikalangan pembeli. Berikut disertakan senarai Ahli Jawatankuasa JMB Desaminium Rimba :-

Pengerusi
Ab Ghaffar Bin Mohammed (7-06-03 012-2040 850)

Setiausaha
Santha Kumari A/P T.B. Menon (9-06-02 017-6542 646)

Bendahari
Suhana Binti Salleh (1-06-08 019-2171 100)

AJK
Mahadi Bin Abdullah (7-04-10 012-3218 574)
Shariza Binti Hashim (7-07-04 019-2839 574)
Raja Mohamed Bin Mustafa (9-05-04 012-5070 786)
Sugumaran A/L Karuppiah (9-05-07 016-3557 360)
Syed Sagoff Bin Syed Hashim (9-07-01 012-3211 788)
Fong Choo Heing (9-08-12)
Hasim Bin Mohd (1-04-12 013-2098 789)
Nuzairi Bin Yasin (1-02-05 019-3135 707
Husin Bin Jazri (1-17-16)

Saya mewakili Jawatankuasa JMB ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan oleh penduduk Desaminium Rimba kepada kami.

Kami akan berusaha melaksanakan tanggungjawab kami dengan penuh amanah dan bijaksana. Walaubagaimana pun kami juga mengharapkan kerjasama sepenuhnya dari semua penduduk agar kediaman kita ini lebih baik dan selesa untuk didiami bersama.

Terima Kasih

Pengerusi
Desaminium Rimba Joint Management Body
(Badan Pengurusan Bersama Desaminium Rimba)

Posted in JMB | 4 Comments »

Technical problem had been resolved

Posted by Webmaster on 20th February 2008

Thank you for your patience. We have resolved the technical issue and this website should be back to normal already. Please let us know if you still have any problem.

Posted in Announcements | No Comments »

Desaminium.com is having technical problem

Posted by Webmaster on 13th February 2008

Desaminium is currently having technical problem where if you click any link to the post, it simply shows a blank page with the word “http://www.desaminium.com”. We are still trying to fix the problem. We apologize for any inconvenience.

Webmaster

Posted in Announcements | No Comments »