Tanah runtuh di Taman DesaminiumTahun 2008 telah menjelma, namun masalah tanah runtuh di Taman Desaminium ini telah berlaku dari bulan Oktober 2007 sehingga kini masih belum dibaiki oleh pihak Pemaju Desaminium Jaya Sdn Bhd. pihak kami telah memaklumkan kepada pihak YBR namun sehingga kini masih tiada tindakan diambil untuk membaik pulih tanah yang runtuh ini.

Masalah ini bukan sahaja berlaku di Desaminium Rimba (Blok Keruing) tetapi juga berlaku di Desaminium Flora (ditepi pagar menuju ke Rimba). Persoalannya sekarang tanah runtuh ini berpunca dari larian air yang tidak betul dari tapak projek Desaminium Jaya yang telah merosakkan longkang di hadapan Blok Keruing, jadi siapakah yang harus menanggung kos baik pulih ini? Adakah Desaminium Jaya atau wang Maintenance charges yang digunakan. pihak kami akan meminta pandangan dari pihak berkuasa berkenaan masalah ini bagi mengelakkan penyalahgunaan wang maintenance charges oleh pihak berkenaan.

Di hadapan Block Keruing, tanah runtuh ini telah menyebabkan struktur tanah itu memenuhi longkang dan menyebabkan aliran longkang tersekat. Air bertakung sehingga berwarna hijau dan mengeluarkan bau busuk. Ini berbahaya kerana boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedis.

Di Flora pula tanah runtuh ini telah merosakkan struktur pagar dan boleh menyebabkan ianya tumbang. siapakah yang harus menanggung kos baik pulih pagar ini? sekiranya pihak YBR bekerja menjaga dan mengurus bangunan kita ini dengan efisyen sudah tentulah mereka sudah menangani masalah ini dari mula lagi. bukannya menunggu sehingga pagar sudah tumbang atau longkang sudah tersumbat baru nak dibaiki.

Tanah runtuh di Taman Desaminium
Tanah runtuh di Taman Desaminium
Tanah runtuh di Taman Desaminium
Tanah runtuh di Taman Desaminium