Persatuan Penduduk Taman Desaminium
Desaminium Property Wanted Ads

Archive for January, 2008

Senamrobik di Taman Desaminium Rimba

Posted by Webmaster on 17th January 2008

Senamrobik

Posted in Announcements | No Comments »

Majlis Ceramah Sempena Sambutan Maal Hijrah 1429H

Posted by Webmaster on 8th January 2008

Berhubung dengan perkara diatas, kami ingin memaklumkan bahawa pihak surau akan mengadakan majlis sambutan tersebut pada masa tarikh seperti berikut :-

Tarikh : 12 Jan 2008M / 3 Muharam 1429H
Hari : Sabtu
Masa : 7:00 petang
Tempat : Surau Raudhatul Ilmi, Tmn Desaminium Rimba

Penceramah : Ustaz Mohamad Nizam (Penceramah Bebas)

Pihak AJK Surau mengharapkan kerjasama daripada semua muslimin dan muslimat untuk datang beramai-ramai bagi mengimarahkan Surau kita ini. Semoga segala ibadah kita mendapat keberkatan, keredhaan dan ganjaran dari Allah S.W.T

Sekian terima kasih

Posted in Announcements, Surau | 1 Comment »

Tanah runtuh di Taman Desaminium

Posted by Webmaster on 6th January 2008

Tanah runtuh di Taman DesaminiumTahun 2008 telah menjelma, namun masalah tanah runtuh di Taman Desaminium ini telah berlaku dari bulan Oktober 2007 sehingga kini masih belum dibaiki oleh pihak Pemaju Desaminium Jaya Sdn Bhd. pihak kami telah memaklumkan kepada pihak YBR namun sehingga kini masih tiada tindakan diambil untuk membaik pulih tanah yang runtuh ini.

Masalah ini bukan sahaja berlaku di Desaminium Rimba (Blok Keruing) tetapi juga berlaku di Desaminium Flora (ditepi pagar menuju ke Rimba). Persoalannya sekarang tanah runtuh ini berpunca dari larian air yang tidak betul dari tapak projek Desaminium Jaya yang telah merosakkan longkang di hadapan Blok Keruing, jadi siapakah yang harus menanggung kos baik pulih ini? Adakah Desaminium Jaya atau wang Maintenance charges yang digunakan. pihak kami akan meminta pandangan dari pihak berkuasa berkenaan masalah ini bagi mengelakkan penyalahgunaan wang maintenance charges oleh pihak berkenaan.

Di hadapan Block Keruing, tanah runtuh ini telah menyebabkan struktur tanah itu memenuhi longkang dan menyebabkan aliran longkang tersekat. Air bertakung sehingga berwarna hijau dan mengeluarkan bau busuk. Ini berbahaya kerana boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedis.

Di Flora pula tanah runtuh ini telah merosakkan struktur pagar dan boleh menyebabkan ianya tumbang. siapakah yang harus menanggung kos baik pulih pagar ini? sekiranya pihak YBR bekerja menjaga dan mengurus bangunan kita ini dengan efisyen sudah tentulah mereka sudah menangani masalah ini dari mula lagi. bukannya menunggu sehingga pagar sudah tumbang atau longkang sudah tersumbat baru nak dibaiki.

Tanah runtuh di Taman Desaminium
Tanah runtuh di Taman Desaminium
Tanah runtuh di Taman Desaminium
Tanah runtuh di Taman Desaminium

Posted in General | 2 Comments »

Housemate di perlukan di Blok Flora

Posted by Webmaster on 2nd January 2008

(WEBMASTER: This Advertisement is no longer valid. The house is now occupied)

Housemate perempuan diperlukan - Blok FLora

Apartment 3 bilik & 2 bilik air dengan security.

Full furnished dgn peti ais,televisyen,dapur,kabinet dapur,sofa,meja makan. Cuma bawa katil/tilam/bantal je.

Ada lift.

2 bilik masih kosong. (boleh bawa roomate)

Facilities - Jaya Jusco Equine Park, Giant Bukit Kiara, Mines Shopping Complex, Mc Donald Equine Park, KFC, Kedai2, Klinik, Club House (with gym & swimming pool will be opened soon).

Berdekatan dengan Putrajaya, Cyberjaya, Serdang, Bangi, Puchong, Puncak Jalil (laluan belakang ke Bukit Jalil sudah dibuka sepenuhnya).

Bas Rapid ke Komuter Serdang.

Bas Metro ke KL (kotaraya).

Bas UPM (for student) ada masuk juga.

1 rumah sewa = RM500(full furnished).

so, seorang bayar bahagikan ikut berapa orang penyewa. (max = 4 org) eg. 500/4 = RM125 seorang.

Kemasukan segera January / February 2008.

Contact segera - 017-2877608.(diana)

Posted in Flora, For Rental | 2 Comments »