Setelah hampir setahun menunggu jalan “Roller Coaster” untuk dibina, akhirnya ianya telah pun siap sepenuhnya. Dan kini menunggu masa untuk dibuka dengan rasmi oleh pihak Talam Corporation. Jalan ini akan menghubungkan Jalan Utama dari Puncak Jalil ke Lebuhraya Bukit Jalil (bersebelahan SIRIM).

Dengan pembukaan jalan ini akan menjimatkan masa bagi pengguna yang ingin pulang dari arah Bukit Jalil ke Taman Puncak Jalil (dianggarkan mengambil masa lebih kurang 2 minit) berbanding keadaan sekarang yang perlu mengambil masa lebih kurang 20 minit kerana terpaksa berpusing ke Bandar Kinrara.

Buat masa ini masih terdapat banyak blok batu yang diletakkan bagi menutup jalan ini dari dilalui oleh sebarang kenderaan. Namun bagi pengguna motorsikal masih boleh melalui jaan ini kerana terdapat ruang untuk melepasi halangan tersebut. Harapan kita semua agar jalan ini dapat dibuka secepat mungkin bagi mengurangkan kesesakan yang mula dirasai di Bandar Kinrara.

jalan.jpg

jalan1.jpg

jalan2.jpg

jalan3.jpg

jalan4.JPG

jalan5.jpg

Terima kasih kepada Ghaffar untuk video dan gambar2 diatas.