Posted by Webmaster on 21st November 2007
Tahukan anda, amalan syarikat keselamatan menyimpan pengenalan diri sebagai pertukaran kepada pas pelawat adalah tidak dibenarkan mengikut Akta Agensi Persendirian 1971. Sila klik untuk membaca larangan menyimpan kad pengenalan diri. Terima kasih kepada seorang penduduk Desaminium bernama Norkhairani kerana berkongsi maklumat ini untuk kebaikan semua penduduk.
Posted in News | No Comments »
Posted by Webmaster on 17th November 2007
Alhamdulillah Majlis Ramah Mesra bersempena Hari Raya telah dapat berjalan dengan lancar. Seramai lebih kurang 200 orang telah hadir dari kalangan penduduk yang berbilang kaum. Semua hadirin kelihatan gembira dengan telatah anak-anak mereka yang dihiburkan oleh badut yang dijemput bagi memeriahkan majlis ini. Disamping dapat beramah mesra dikalangan jiran tetangga, semua tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah yang menyelerakan.
Diharap pada tahun hadapan pihak Surau dapat menganjurkan banyak lagi pelbagai aktiviti kemasyarakatan bagi mengeratkan hubungan sesama jiran tetangga. Pihak kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada penduduk yang telah sudi hadir bagi memeriahkan majlis ini. Tidak lupa juga diucapkan jutaan terima kasih kepada AJK Surau dan individu yang telah berusaha menjayakan majlis ini, semua penduduk yang menghulurkan sumbangan derma dan pihak Desaminium Jaya yang telah memberi sedikit peruntukan bagi menjayakan Majlis ini.
Terima Kasih Daun Keladi,
Semuga Tahun Depan Berjumpa Lagi.








Posted in Hari Raya Aidil Fitri | No Comments »
Posted by Webmaster on 6th November 2007
Sekiranya anda adalah pengguna produk-produk keluaran Kilang Bihun Beras Indah seperti yang tertera disini, anda dinasihatkan agar memberhentikan penggunaan produk - produk tersebut dengan serta merta kerana pengeluaran produk-produk jenama ini di ragui status halal nya. Kilang pemperosesan produk-produk ini juga terletak disebelah kandang pemeliharaan babi. Alamat kilang yang tertera di luar bungkusan produk-produk ini merupakan tidak alamat sebenar kilang tersebut. Logo Halal yang digunakan juga tidak di keluarkan oleh Jakim.
Klik disini untuk membaca lebih lanjut. Sila sebarkan kepada keluarga dan sahabat handai.
Persoalan bagaimana pihak berkuasa tempatan boleh membiarkan kilang seumpama ini beroperasi adalah di luar jangkauan pemikiran kita umat Islam di Malaysia kerana banyak kes-kes sebegini yang tidak kita ketahui. Adakah rasuah memainkan peranan?
Posted in News | No Comments »
Posted by Webmaster on 1st November 2007
Posted in Announcements | 2 Comments »