Archive for October, 2007
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Oct 9th
Assalamualaikum w.b.r,
Hari Raya menjelang lagi, harapan kami agar semua Muslimin dan muslimat dapat menyambut dengan hati yang gembira bersama kaum keluarga dan sahabat handai. Disepanjang bulan Ramadhan kita semua telah menjalani ibadah puasa dengan penuh ketaqwaan kepada Allah. Ramadhan telah mendidik kita agar menjadi insan yang sabar dan tunduk kepada perintah Allah S.W.T. Alhamdulillah Surau Raudhatul Ilmi telah menjalankan pelbagai program disepanjang Ramadhan. Bermula dengan Solat Sunat Tarawih disetiap malam, Majlis Jamuan Berbuka Puasa, Tadarus Al-Quran, Qiamullail dan Moreh yang telah mendapat sambutan dan kerjasama dari semua penduduk Muslim Taman Desaminium. Marilah kita bermaaf-maafan dibulan yang Mulia ini, yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita eratkan. Mudah-mudahan segala amalan kita disepanjang Ramadhan diterima oleh Allah S.W.T hendak-Nya.
Bagi yang akan pulang berhari Raya dikampung halaman, pastikan keselamatan rumah anda terjamin sebelum meninggalkan rumah. Periksa semua tingkap dan pintu dikunci dengan betul, suiz elektrik telah ditutup, gas telah dicabut dari tongnya untuk memastikan keselamatan rumah kita dan jiran tetangga. Berhati-hatilah ketika berada dijalan raya. Banyakkan bersabar dan patuhilah had laju yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Periksa kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan. Doa kami agar anda sekeluarga selamat pergi dan balik dari kampung halaman. Pesan dengan jiran tetangga dan maklumkan kepada pihak YBR tentang percutian anda, agar mereka boleh mengawasi rumah anda.
Kami seluruh pimpinan Surau Raudhatul Ilmi ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap. Akhir kata terimalah serangkap pantun dari kami :-
Takbir Bergema Memecah Sunyi,
Mentari Pagi Dicelah Kabut,
Aidilfitri Menjelang lagi,
Tangan dihulur Salam bersambut,
Tua Muda Sama Dirai,
Maaf dipinta Sentiasa bersahut
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI – MINAL AIDIL WAL FAIZIN
Tn Haji Hassan Bin Mohammad
Pengerusi
Surau Raudhatul Ilmi
Mencari guru mengaji Quran
Oct 5th
I’m looking for Ustazah or Ustaz untuk mengajar anak lelaki saya mengaji. Last month ada kelas mengaji kat surau, tapi entah apa jadi selalu saja cancel. Siapa yang berminat atau kenal sesiapa tolong contact saya.
012-3710785
eyda.aris@yahoo.com
Rumah Untuk DiSewa
Oct 3rd
I nak sewakan rumah I 7-5-3 Blok keruing. Please call Zanariah ASAP 019-7732367 / 019-233 2703
Webmaster: This ads is no longer valid.
Top Commenters