Rumah Untuk DiSewa
Posted by Webmaster on 30th September 2007
Saya mencari rumah untuk disewakan di deasaminium,URGENT.Kalau ada kekosongan plz inform kat saya.
Kitoper1@hotmail.com
019-6554077
Posted in Announcements | No Comments »

Posted by Webmaster on 30th September 2007
Saya mencari rumah untuk disewakan di deasaminium,URGENT.Kalau ada kekosongan plz inform kat saya.
Kitoper1@hotmail.com
019-6554077
Posted in Announcements | No Comments »
Posted by Webmaster on 25th September 2007
Kepada semua Penduduk Taman Desaminium Flora.
Anda dijemput hadir ke satu sesi Dialog bersama pre-mc pada masa dan tarikh
berikut :-
Tarikh : 30 September 2007
Masa : 10:00 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna Desaminium Flora
Agenda Dialog :-
· Panduan Keselamatan di Musim Perayaan
· Perkara-perkara Berbangkit untuk kebaikan semua penduduk.
Kerjasama dan Kehadiran anda amat kami harapkan
Terima Kasih
Posted in Announcements, Flora, PreMC | No Comments »
Posted by Webmaster on 25th September 2007
Kepada semua Penduduk Taman Desaminium Rimba,
Anda dijemput hadir ke satu sesi Dialog bersama Pra-Perbadanan Pengurusan pada masa dan tarikh berikut :-
Tarikh : 30 September 2007
Masa : 10:00 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna Desaminium Rimba
Agenda Dialog :-
· Penyerahan Salinan Akaun Pengurusan Beraudit tahun berakhir 30 April 2006
· Panduan Keselamatan di Musim Perayaan
· Perkara Berbangkit
Kerjasama dan Kehadiran anda amat kami harapkan
Terima Kasih
Posted in Announcements, PreMC, Rimba | 3 Comments »
Posted by Webmaster on 23rd September 2007
Pada 16 September 2007 yang lalu, Kaum Muslimah telah mengadakan kursus jahitan manik bertempat di Surau Raudhatul Ilmi. Seramai 7 orang peserta telah menyertai kursus tersebut dengan bayaran sebanyak RM100/seorang. Kursus yang berlangsung selama 4 jam itu telah mengajar peserta tentang teknik menjahit Manik pada pakaian yang menjadi fesyen masa kini. Terdapat 3 orang peserta dari luar taman Desaminium juga turut menyertai kursus ini. Kusus ini diperingkat asas dan sekiranya ramai yang berminat, pihak Muslimah akan cuba mengadakan kursus diperingkat lanjutan di masa akan datang.







Posted in Surau | No Comments »
Posted by Webmaster on 23rd September 2007
Pada 31 Ogos 2007 yang lalu, bertempat di Surau Raudhatul Ilmi satu majlis BBQ telah diadakan dikalangan AJK Surau dan ahli keluarga mereka. Majlis ini disertai seramai 60 orang dari 14 keluarga AJK. Semua AJK menyumbangkan bayaran bagi menjayakan majlis ini. Tujuan BBQ ini diadakan sebagai menyambut kehadiran Ramadhan, mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan AJK surau dan keluarga serta meraikan segala usaha yang telah dilakukan oleh AJK bagi memberikan wajah baru kepada Surau kita.














Posted in Surau | No Comments »
Posted by Webmaster on 19th September 2007
Assalamualaikum W.B.R
Selamat menjalani ibadah puasa bagi semua muslimin & Muslimat. Pada hari Sabtu ini Surau Raudhatul Ilmi akan mengadakan majlis berbuka puasa. Seperti tahun-tahun yang lepas konsep “Pot Luck” digunakan untuk Majlis berbuka puasa ini. Kepada yg berminat untuk menyertainya bolehlah datang ke surau pada hari Khamis ini selepas solat terawih untuk berbincang tentang juadah yang ingin dibawa.
Posted in Announcements, Surau | No Comments »
Posted by Webmaster on 19th September 2007
Diatas maklum balas orang ramai yang hadir pada Majlis Sambutan Israk & Mikraj yang lalu, maka kami pihak AJK Surau telah sekali lagi menjemput penceramah jemputan ini bagi menyampaikan ceramah bersempena bulan Ramadhan ini.
CERAMAH RAMADHAN
PENCERAMAH JEMPUTAN : USTAZ ZULKARNAIN BIN HAMZAH
PADA : 23 SEPTEMBER 2007 (11 RAMADHAN 1428H)
HARI : AHAD
MASA : 8:30 MALAM
TEMPAT : SURAU RAUDHATUL ILMI
SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
Posted in Announcements, Surau | No Comments »
Posted by Webmaster on 15th September 2007
Saya ingin mencari bilik untuk disewa di BLOK Angerik atau Keruing.
Sila hubungi Zahid - 0168722046
atau
email zahid_mohammed@dell.com
Posted in Anggerik, Announcements, Keruing | No Comments »
Posted by Webmaster on 12th September 2007
Bersempena dengan Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini kami seluruh pimpinan AJK Surau ingin memohon ampun dan maaf jika terdapat sebarang kesalahan dan kesilapan sepanjang kami menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kami. Kami juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada seluruh Muslimin dan Muslimat. Semoga segala amalan ita sepanjang Bulan Ramadhan ini akan diterima oleh Allah S.W.T hendak-Nya.
Berikut disertakan jadual moreh dan aktiviti-aktiviti yang telah kami rancangkan sepanjang Bulan Ramadhan di Surau Raudhatul Ilmi.
Posted in Announcements | 1 Comment »
Posted by Webmaster on 12th September 2007
Kepada penduduk Taman Desaminium Rimba & Flora dan sesiapa sahaja yang berminat.
Kelas jahitan manik & labuci
Hari : Ahad
Tarikh : 16 September 2007
Masa : 10.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Surau Raudhatul Ilmi Taman Desaminium Rimba
Teknik : 17 jenis jahitan (utk hujung tangan, leher, badan baju, bunga & daun)
Bayaran : RM 100.00 sahaja / TEMPAT TERHAD
Bahan-bahan akan di sediakan (manik, bekas manik, jarum, benang, gunting & kain)
Kepada sesiapa yang berminat bolehlah mendaftarkan diri anda kepada Pn Shila 012-2038504 atau layari http://amoi2505.fotopages.com
Posted in Announcements | No Comments »