PreMC: 9 bulan untuk dapatkan ‘Audited Account’ dari Desaminium Jaya.
Akhirnya setelah hampir 9 bulan menunggu, kini pihak kementerian telah berjaya mendapatkan audited maintenance account bagi tahun berakhir 30 April 2006 dari pihak Desaminium Jaya Sdn Bhd. Usaha ini telah kami lakukan bermula dari bulan Nov 2006, dimana pihak Pre-MC telah memohon dari pihak Desaminium Jaya agar memberikan a/c ini. Namun pihak pemaju sentiasa memberi alasan dan melambatkan pengeluaran audited a/c ini. Sehingga pada bulan April pihak Pre-MC telah membuat laporan kepada Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasaan kementerian Perumahan da Kerajaan Tempatan. Dan pada 16 Ogos yang lalu pihak kami telah menerima salinan laporan a/c ini dari pihak Kementerian.
Pre-MC akan mengadakan perjumpaan dengan penduduk dalam jangka masa yang terdekat bagi memberi salinan penuh Audited maintenance a/c ini. Penyata kewangan ini penting bagi memastikan pihak Desaminium Jaya melalui ajennya YBR Management Services menguruskan sumber kewangan Desaminium Rimba dengan berhemat. Saya juga ingin menasihatkan agar semua penduduk dapat membuat bayaran Maintenance charges bagi mengelakkan tunggakan yang tinggi dan akhirnya menimbulkan kesukaran sekiranya anda diminta berbuat demikian dimasa akan datang. Kita mengharapkan agar JMB (Joint Management Body) dapat ditubuhkan secepat mungkin bagi memastikan integriti dalam pengurusan kediaman kita. Diharap penduduk Flora juga boleh meminta Audited A/C bagi tahun 2006 dari pihak pemaju.
August 22, 2007 - 5:16 am
Kepada En Adie dan resident yang sewaktu dengannya. Management Office dibuka pada setiap hari Ahad minggu pertama setiap bulan. Ini adalah salah satu cadangan yang pernah kami kemukakan kepada pemaju & YBR sewaktu mesyuarat bulan Sept 2005. dan baru tahun 2007 mereka implement. So tak timbul masalah tak ada masa nak bayar. sebab kami faham masih ramai lagi yang bekerja pada hari Sabtu setengah hari, sebab tu kami cadangkan Management Office dibuka hari Ahad sebulan sekali. Macam Bulan Ogos ni mereka ada buka pada 12/8 sebab 5/8 tu ada hal. Sekiranya ada perubahan pada minggu pertama, YBR akan tampal Notis dalam Notis Board untuk maklumkan perubahan tarikh. Saya bukannya bercakap bagi pihak YBR atau pemaju, tetapi sebagai Pre-MC kami sentiasa memikirkan bagaimana cara terbaik untuk menjaga kawasan kediaman kita & memastikan semua penghuni membayar maintenance yang ditetapkan. Saya ada sertakan Balance Sheet & Income Statement untuk Webmaster publishkan disini. Once beliau publishkan semua resident dapat melihat status kewangan kita di Rimba. Diharap anda berpuas hati dengan jawapan ini. “KEDIAMAN KITA TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA”
August 23, 2007 - 12:59 am
AGM yang tertunda adalah dalam tempoh 30 hari dari 29/7/2007. So BILA? Presiden PPTD jawablah. Adakah perkara sebegini residen nak kena ingatkan. Tak kan esok AGM hari ini baru nak tampal notis.
January 13, 2010 - 8:46 am
Salam semua,
Saya ajukan pertanyaan ini kepada pihak JMC.
Mengapa residents tidak dibenarkan menyewa lot parking kepunyaan DJSB ? Jika ianya disebabkan yuran maintenance DJSB yang tertunggak maka itu adalah tugas JMC yang telah dilantik untuk menyelesaikannya bukannya meletakkan bebanan tersebut kepada pihak residents. Harap pihak JMC yang diketuai oleh Abdul Ghaffar boleh melakukakan sesuatu yang memihak kepada penduduk bukannya menghalang penduduk menikmati kemudahan yang disediakan.
Terima kasih.