Posted by Webmaster on 30th August 2007
Satu majlis gotong royong di Surau Raudhatul Ilmi akan di adakan pada hari Sabtu 1hb September 2007 jam 9.30 pagi. Gotong royong ini diadakan untuk membersihkan surau dan kawasan sekeliling bagi menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam yang beriman. Semua muslimin dan muslimat dari Taman Desaminium di jemput hadir dan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan secara ikhlas sudah tentu akan dibalas dengan ganjaran pahala dari Allah s.w.t.
Posted in Announcements, Flora, Rimba | No Comments »
Posted by Webmaster on 21st August 2007

Akhirnya setelah hampir 9 bulan menunggu, kini pihak kementerian telah berjaya mendapatkan audited maintenance account bagi tahun berakhir 30 April 2006 dari pihak Desaminium Jaya Sdn Bhd. Usaha ini telah kami lakukan bermula dari bulan Nov 2006, dimana pihak Pre-MC telah memohon dari pihak Desaminium Jaya agar memberikan a/c ini. Namun pihak pemaju sentiasa memberi alasan dan melambatkan pengeluaran audited a/c ini. Sehingga pada bulan April pihak Pre-MC telah membuat laporan kepada Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasaan kementerian Perumahan da Kerajaan Tempatan. Dan pada 16 Ogos yang lalu pihak kami telah menerima salinan laporan a/c ini dari pihak Kementerian.


Pre-MC akan mengadakan perjumpaan dengan penduduk dalam jangka masa yang terdekat bagi memberi salinan penuh Audited maintenance a/c ini. Penyata kewangan ini penting bagi memastikan pihak Desaminium Jaya melalui ajennya YBR Management Services menguruskan sumber kewangan Desaminium Rimba dengan berhemat. Saya juga ingin menasihatkan agar semua penduduk dapat membuat bayaran Maintenance charges bagi mengelakkan tunggakan yang tinggi dan akhirnya menimbulkan kesukaran sekiranya anda diminta berbuat demikian dimasa akan datang. Kita mengharapkan agar JMB (Joint Management Body) dapat ditubuhkan secepat mungkin bagi memastikan integriti dalam pengurusan kediaman kita. Diharap penduduk Flora juga boleh meminta Audited A/C bagi tahun 2006 dari pihak pemaju.
Posted in Desaminium Jaya, PreMC, Rimba | 2 Comments »
Posted by Webmaster on 11th August 2007
Klik disini untuk gambar-gambar lain wajah baru Surau Raudhatul Ilmi.

Posted in Surau | 1 Comment »
Posted by Webmaster on 11th August 2007
Untuk melihat gambar-gambar lain di sekitar Bengkel Motivasi Keluarga baru-baru ini, sila klik disini.


Posted in General, Surau | No Comments »