Persatuan Penduduk Taman Desaminium
Desaminium Property Wanted Ads

Archive for December, 2006

Laman Web Surau@Desaminium

Posted by Webmaster on 30th December 2006

Alhamdulillah, sebuah laman web khusus untuk Surau Raudhatul Ilmi dan Surau Aqasyyah telah siap dibangunkan. Laman web tersebut, Surau@Desaminium yang berkonsepkan weblog ini dibangunkan dengan menggunakan perisian WordPress. Mulai dari hari ini, semua berita berkaitan dengan Muslimin dan Muslimat Taman Desaminium, aktiviti-aktiviti Surau Raudhatul Ilmi dan Surau Aqassyah akan siarkan di laman web Surau@Desaminium.

Di harapkan lebih ramai penduduk beragama Islam Taman Desaminium akan memenafaatkan laman web terbaru ini. Semoga segala usaha dan kerja-kerja yang kita lakukan untuk menegakkan syiar Islam di Taman Desaminium akan mendapat ganjaran pahala dari Allah. Insyallah.

Posted in Announcements, News, Surau | No Comments »

Desaminians…Can These Happen To Us?

Posted by Webmaster on 30th December 2006

Kemalangan jalanrayaWell, the answer is obvious, it can happen to anybody regardless of Desaminians or not. But I am especially concern these freak accidents can well happen to any of us right in front of our beloved Taman Desaminium.

There are two accident prones areas around and within our residency.

One of them is near the roundabout leading to Taman Desaminium. There are so many accidents happened here. Please approach the roundabout at much lower speed eventhough I know people tend to drive at good speed now that the roads leading to the roundabout are nicely tarred. I have had a few close-calls myself so I am reminding Desaminians again, please exercise extreme cautiouns near the roundabout.

Kemalangan jalanrayaThe second one is right in front Desaminium Flora where Flora’s residents and visitors normally tend to drive against the traffic, perhaps to save time, petrol and tyre wear and tear. There are no reported accidents here yet but I have received few complaints about these potential accidents through email, caused by these acts. As a matter of fact I have experienced that myself on more than two occasions, especially at night and in the late evening when it is quite dark and people do not yet switch the headlight on.

Kemalangan jalanrayaI am appealing to all Flora residents and visitors, please stop this practice of driving against the trafic. Take the longer and safer route, because we do not want to end up with a Desaminian’s car came crashing into another Desaminian’s car in this manner. For all you know, the other party is just your next door neighbour. Lets pray we would never have to go through that agonizing moments but it will only be answered if YOU play your part. Let us be disciplined Desaminians…. we can.

Posted in News | No Comments »

2006 Dalam Kenangan Dari Perspektif PPTD & PreMC

Posted by Webmaster on 30th December 2006

AMBANG 2007

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hanya tinggal 1 hari sahaja lagi kita akan meninggalkan Tahun 2006 dan memasuki Tahun 2007. Dengan kehadiran Tahun 2007 ini, bermakna Taman Desaminium telah berusia 2 tahun 9 bulan mulai dari Mac 2004. Dalam usia yang masih diklasifikasikan sebagai kanak-kanak, Penduduk Taman Desaminium telah melalui pelbagai pengalaman pahit manis tinggal di “Rumah Impian” mereka. Bermula dengan impian “Resort Living Within Reach” telah bertukar menjadi “Nightmare” kerana rumah yang diimpikan tidak seperti yang diharapkan. Berikut adalah susur galur peristiwa yang dapat dipaparkan sepanjang usia 2 tahun 9 bulan di Taman Desaminium ini :-

• Mac 2004 - Penyerahan Kunci rumah oleh pihak pemaju kepada pembeli
• Mac – Ogos 2004 - Kali pertama dapat Temporary CF
• May 2004 - Mesyuarat penduduk yang tidak puas hati dengan kualiti rumah dan masalah deposit untuk membuat renovation yang dikenakan oleh YBR.
• Dis 2004 - Majlis “Resident Gathering” diadakan untuk mengeratkan hubungan sesama penduduk.
• Mac 2005 - Pendaftaran Persatuan Penduduk Taman Desaminium Rimba diluluskan.
• Apr 2005 - Mesyuarat Agung kali pertama Surau Raudhatul Ilmi dan Tn Hj Hassan telah dipilih menjadi Pengerusi.
• Mei 2005 - Mesyuarat penubuhan Pre-Management Corporation (Pre-MC)
• Jun 2005 - Mesyuarat Agung Tahunan kali pertama Persatuan Penduduk dan pemilihan En Yaakob Bin Mentol sebagai Pengerusi.
• Jun 2005 - Berjumpa dengan pemaju untuk mengutarakan ketidak puasan hati penduduk terhadap masalah yang dihadapi.
• Ogos 2005 - Memperolehi CF dari MPSJ bagi Taman Desaminium Rimba dan Flora.
• Sep 2005 - Mesyuarat antara wakil persatuan, pre-MC dan pemaju bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi namun gagal mencapai kata putus kerana pemaju enggan bekerjasama.
• Oct 2005 - Pre-MC membuat aduan kepada pihak Lembaga Perumahan atas masalah yang dihadapi.
• Dis 2005 - Majlis Rumah Terbuka taman desaminium dirasmikan oleh Dato’ Aziz Singah.
• Dis 2005 - Pre-MC membuat aduan kepada Kementerian Perumahan dan meminta “Audited Maintenace Account” dari pemaju.
• Feb 2006 - Pre-MC membuat aduan berkenaan permohonan Hak Milik Strata yang masih belum dibuat oleh pemaju.
• Apr 2006 - Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk dan En Azly Manas dipilih sebagai Pengerusi
• Apr 2006 - Mendapat salinan “Audited Maintenance Account” bagi tahun 2005 dari Kementerian Perumahan.
• Jun 2006 - Peristiwa bersejarah, pelancaran laman web desaminium.com meletakkan Taman Desaminium didalam peta maya diseluruh dunia.
• Ogos 2006 - 3 kes Pecah rumah berlaku dalam 1 hari di Block Merbau mengejutkan semua penduduk Taman Desaminium.
• Sep 2006 - Menghadiri Bengkel Pre-MC di Lembaga Perumahan.
• Sep 2006 - Pre-MC membuat tindakan susulan berkenaan masalah Hak Milik Strata yang masih belum diperolehi.
• Nov 2006 - Majlis Sambutan Hari Raya dibuat oleh Surau Raudhatul Ilmi.

Walaupun baru berusia 2 tahun 9 bulan, pencapaian ini agak membanggakan bagi semua penduduk Taman Desaminium kerana Taman ini merupakan salah satu dari 2 Taman yang memperolehi CF jika dibandingkan 11 Taman perumahan yang terdapat di JKP Zon23 MPSJ. Apa yang kita harapkan agar dengan berlabuhnya tirai 2006 ini semua penduduk dapat menjalinkan semangat kejiranan yang tinggi disamping meningkatkan tahap kebersihan dan keindahan di kawasan sekitar.

Selamat Datang diucapkan kepada Tahun 2007, dan diharapkan dengan kehadiran Tahun baru ini akan menjanjikan kebebasan dalam hala tuju Taman Desaminium kepada semua penduduk. Harapan atau visi yang mampu kita semua gariskan untuk tahun 2007 adalah seperti berikut :-

• Penutupan Pusat Pelupusan sampah Ayer Hitam seperti yang telah dijanjikan oleh Kerajaan pada penghujung 2006.
• Pembinaan Sekolah Rendah dan Menengah Taman Desaminium dapat dimulakan.
• Penubuhan “Joint Management Body” (JMB) seperti yang dibentangkan di Parlimen pada Dis 2006 dapat dilaksanakan. Pengurusan Bangunan dibuat oleh 3 pihak antara pembeli, pemaju dan agen pengurusan.
• Mendapat Hak Milik Strata dan seterusnya menubuhkan Management Corporation dikalangan penduduk.

Bersama-samalah kita berdoa agar segala yang dirancangkan ini menjadi kenyataan. Saya ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha bagi semua Muslim dan Selamat Tahun baru 2007 kepada semua penduduk Taman Desaminium. Mohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap.

Wassalam

Pengerusi
Pre-Management Corporation.

Posted in News | 3 Comments »

Pengumuman Dari Surau

Posted by Webmaster on 30th December 2006

ﻪﺗﺎﻛﺮﺒﻭ ﷲﺍﺔﻣﺣﺮﻮ ﻡﻛﻳﻠﻋﻡﻼﺴﻟﺍ

Kepada Muslimin & Muslimat
SOLAT SUNAT AIDIL ADHA 1427H HIJRAH, GOTONG ROYONG & KELAS MENGAJI KANAK-KANAK

Berhubung dengan perkara diatas, kami ingin memaklumkan bahawa pihak surau akan mengadakan Solat Sunat Aidil Adha dan Ibadah Aqiqah/Korban di surau ini pada

Tarikh : 31 Dis 2006M / 10 Zulhijjah 1426H

Hari : Ahad

Masa : 8:30 pagi (Solat Sunat Aidil Adha)
10:00 pagi (Ibadah Korban dan Aqiqah)

Sehubungan dengan sambutan Aidil Adha ini, kami ingin menjemput kepada semua Muslimin dan Muslimat untuk bersama-sama bergotong royong bagi membersihkan Surau dan kawasan persekitarannya pada masa dan tarikh berikut:-

Tarikh : 30 Dis 2006M / 9 Zulhijjah 1426H

Hari : Sabtu

Masa : 9:00 pagi

Sila bawa bersama peralatan seperti baldi, kain lap pinggan, penyapu, cangkul dan lain-lain peralatan yang difikirkan perlu.

Bagi Muslimin dan Muslimat yang berminat untuk menghantar anak mereka belajar mengaji, pihak Surau telah mendapatkan khidmat Ustaz yang akan mula mengajar pada bulan Jan 2007 (Isnin – Rabu selepas Solat Maghrib). Bagi yang berminat sila daftarkan nama anak anda kepada AJK Surau (Tn Hj Hassan 013-3883147). Bayaran dikenakan berdasarkan bilangan anak yang mengaji iaitu 1 orang RM15; 2 orang RM25 dan 3 orang RM30.

Pihak AJK Surau mengharapkan kerjasama daripada semua muslimin dan muslimat untuk datang beramai-ramai bagi mengimarahkan Surau kita ini. Semoga segala aktiviti ini mendapat keberkatan, keredhaan dan ganjaran dari Allah S.W.T

Sekian

ﻪﺗﺎﻛﺮﺒﻭ ﷲﺍﺔﻣﺣﺮﻮ ﻡﻛﻳﻠﻋﻡﻼﺴﻟﺍﻮ

Posted in News | No Comments »

Buy and Sell

Posted by Webmaster on 25th December 2006

A resident had suggested to Webmaster to create a market place for Desaminium residents to advertise something for sale or purchase. So, we have just created a Buy-and-Sell page on our website where it allows Desaminians to advertise anything for sale. If you are looking for something to buy, you can also put up an announcement in the same page. The service is opened for Desaminium residents only and is free of charge.

Posted in Announcements | No Comments »

Attention to All Residents

Posted by Webmaster on 23rd December 2006

Dear Residents,

I would like to remind all of you that this website is created to bring all residents to a forum where we can discuss issues in order to find solutions to a particular problem.

Lets discuss with open mind and please avoid using harsh words in your comments and discussions. We are all neighbours.

Thank you for your understanding./

Webmaster

Posted in Announcements | No Comments »

Bigger Say for High-rise Building Owners

Posted by Webmaster on 12th December 2006

The following article was submitted by En. Abd Ghaffar, PreMC Chairman. It looks like there is a light at the end of the tunnel for us high-rise building owners in terms of being involved in the maintenance of our own property. Lets hope this law will be passed as soon as possible. Once it is passed, the honeymoon will be over for YBR and other building management companies that always take advantage of the residents with their unfair rules and regulations. At last, the Parlimentarians are doing something worthwhile for property owners.. thank you.

Bigger say for high-rise building owners
B. Suresh Ram

KUALA LUMPUR (Dec 11, 2006): The days when developers of high-rise apartments lord over their property in the initial years — sometimes making decisions against the interest of their buyers — will soon be over.

Under the Building and Common Property (Maintenance and Management) Bill 2006 which will go through the second reading in the Dewan Rakyat this week, the buyers and the developer will have to form a “Joint Management Body” to manage the affairs and interests of the owners, before strata titles are issued.

Now, buyers depend on the developer to manage their common property and other maintenance issues until they get their strata titles to enable them to form management corporations. But, as experience has shown, getting the strata titles can take many years, during which time the developer may take actions, like imposing charges, that are unfair to the buyers. In some cases, the developers renege on their duties and fail to maintain the common areas well, causing the value of the property to drop.

After the Bill is passed by Parliament and gazetted, developers of high-rise property which had been handed over to buyers must convene a meeting of the joint body, the latest 12 months after the Act comes into effect.

The quorum is one-quarter of the purchasers who had paid their maintenance charges. If this quorum is not met half an hour after the meeting starts, those present can constitute a quorum.

In the event that nobody turns up, or if those present refuse to be office-bearers, the developer has to inform the building commissioner (a post that will be set up under a new law) who will take prescribed measures to overcome the problem.

In the interim, the developer is responsible for maintenance works.

The Bill provides for a fine of not more than RM20,000 or a jail term not exceeding three months or both, if the developer fails to convene the meeting.

These are the duties of the proposed “Joint Management Body”:

It will be a corporate body, and can sue and in turn, be sued;
At its inaugural meeting, the body will elect office-bearers to decide on the monthly maintenance fee to be paid by purchasers and decide on the interest rate payable by purchasers on late payment;
To maintain the common property and keep it in good and serviceable repair;
To determine and impose charges necessary for the repair and proper maintenance of common property;

To insure the building against fire and such other risks;
Comply with notices and order made by the local authority;
Prepare and maintain a register of all purchasers; and,
Ensure the building maintenance fund is audited.
The powers of the body shall be:

Collect from purchasers maintenance and management charges;
Authorise expenditure to carry out maintenance and management of common property; and
To make house rules for proper management of the building.
The Bill covers all strata-title property, including those built on commercial land like serviced apartments.

Source [Sun2Surf]

Posted in News | 9 Comments »

Winner of Hari Raya/Deepavali Story Competition

Posted by Webmaster on 10th December 2006

Noorul bersama suami dan anak-anak

Cerita Lemang Tumpah sedah tentu menjadi sesuatu kenangan yang lebih manis bagi Noorul dan seisi keluarga setelah beliau berjaya memenangi hadiah istimewa sebuah khemah yang dapat memuatkan 4-orang, sumbangan Webmaster.

Webmaster bercadang untuk mengadakan beberapa pertandingan lagi dimasa akan datang jadi diharapkan penyertaan yang lebih ramai dari warga Desaminium akan menjadikannya lebih meriah lagi.

Posted in Announcements, Competition, News | No Comments »

Promise .. promise .. promise!

Posted by Webmaster on 8th December 2006

These talks about the landfill will be closed had been going on for years…. but so far it had only been NO ACTION TALK ONLY… so typical of Malaysian politcians. So here it goes,, another promise made…. another one will be broken?

SHAH ALAM: Two landfills will be ready to replace the Air Hitam Sanitary Landfill in Puchong when it closes at the end of this month.
State Infrastructure and Public Amenities Committee chairman Datuk Abdul Fatah Iskandar said two new sanitary landfill sites — Jeram in Kuala Selangor and Tanjung Dua Belas in Kuala Langat — were approved in June.

He said the decision to close the Puchong landfill was made by the Cabinet Committee on Solid Waste Management, which was chaired by Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak in August.

Fatah said the decision was made following numerous complaints over stench from the landfill by residents and businesses in the area.

He said construction of the new landfills was almost complete and both would be operational by next month. The Refuse-Derived Fuel (RDF) plant in Semenyih was operational with two of its four conveyors already running, he added.

Fatah was clarifying a newspaper report on Thursday which quoted the Solid Waste Contractors Association (Sowaco) as saying that it had yet to be informed of an alternative site for waste disposal after the Air Hitam Sanitary Landfill closed.

Fatah also said the developer of Sunway City Bhd in U14 here was fined RM25,000 yesterday for failing to supervise a water retention pond.

Last week, three developers were fined for faulty retention ponds which led to flooding in the state capital on Nov 11 and 25.

Paramount Property Development Sdn Bhd was fined RM25,000, while I-City Properties Sdn Bhd and SJ Properties Sdn Bhd were fined RM275,000 each.

Source [News Strait Times]

Posted in News, The Landfill | 7 Comments »

Sudah Jatuh Di Timpa Tangga

Posted by Webmaster on 8th December 2006

Bulatan bahaya

SERI KEMBANGAN: Sudah jatuh ditimpa tangga. Begitu nasib kira-kira 10,000 penduduk Taman Puncak Jalil di sini dan kawasan kejiranan berdekatan yang berulang alik menggunakan laluan di situ.

Selain terdedah kepada bau busuk dan risiko penyakit berikutan kedudukannya hampir dengan pusat pelupusan sampah Ayer Hitam, Puchong, jalan keluar masuk yang belum diwartakan turut mengundang bahaya.

Bagi warga Puncak Jalil serta 11 taman lain yang menggunakan jalan menghala ke Bandar Kinrara untuk keluar sama ada ke Puchong atau Sungai Besi, setiap hari mereka terdedah kepada risiko kemalangan.

Kekeliruan bermula dari bulatan antara Taman Desaminium menuju Puncak Jalil yang menghubungkan semua kawasan perumahan ini yang pada dasarnya harus menjadi pusingan selamat.

Sebaliknya, sering berlaku kemalangan terutama pada waktu puncak pagi dan petang disebabkan kebanyakan pengguna tidak menggunakan bulatan berkenaan dengan betul.

Ramai pemandu termasuk penunggang motosikal lebih senang memintas dengan alasan jalan sehala yang kini digunakan sebagai laluan dua hala dan belum diwartakan membuatkan mereka keliru.

Lebih teruk, laluan itu ibarat jerangkap samar berikutan keadaannya yang tidak sempurna ditambah kemunculan lubang besar di beberapa lokasi hingga pernah mengakibatkan kemalangan maut.

Tinjauan mendapati beberapa kenderaan yang melalui bulatan di depan Taman Desaminium hampir bertembung apabila pengguna dari keempat-empat arah memintas sesama sendiri.

Jalan rosak terukUNDANG PADAH: Jalan berlopak sering
menyebabkan kemalangan.

Kecelaruan disebabkan tiada papan tanda memaklumkan jalan sehala sudah menjadi dua hala dan kemalangan kebiasaannya disebabkan orang luar yang baru pertama kali menggunakannya.

Pemandu van sekolah, Sri Hani Nordin yang berulang alik mengambil murid sekolah di perumahan berdekatan berharap janji pihak berkuasa tempatan untuk mewartakan laluan itu pada Julai lalu ditunaikan.

Katanya, jalan berlubang, tanpa papan penanda arah, banjir kilat dan masalah sampingan lain menjadi penyumbang kepada kecelakaan tetapi ia dapat diatasi segera jika laluan berkenaan diwartakan.

“Penduduk yang sudah lama di sini mengetahui laluan ini bukan sehala. Masalah dan perlanggaran biasanya berlaku dengan kenderaan luar. Cuba mengelakkan lubang juga penyebab utama kemalangan.

“Apabila diwartakan, kerajaan yang mengambil alih boleh membina papan tanda, penanda amaran dan menjadikannya jalan sehala.

“Di laluan masuk dari Lestari Perdana pula kami berdepan masalah lori sampah. Walaupun berulang kali diperbaiki, jalan itu kerap berlubang kerana digunakan lori besar. Bau busuk daripada air sampah pula melekat atas jalan,” katanya.

Bagi eksekutif perakaunan, Istilah Ismail, 33, ketiadaan lampu jalan di beberapa jalan keluar masuk menuju Bandar Kinrara menyukarkan pengguna.

“Apabila malam kita sukar mengagak jalan berlubang atau kenderaan dari depan. Faktor tambahan ini meluaskan lagi risiko kemalangan. Malah, sudah beberapa kali kemalangan maut berlaku di jalan ini.

“Semakin hari penduduk semakin bertambah, begitu juga pengguna jalan ini. Sudah tiba masanya ia dinaikkan taraf sebagai jalan persekutuan, tambahan pula laluan ini adalah penghubung utama ke Puchong atau Sungai Besi,” katanya.

Pekerja swasta, Zulkarnain Abdul Rahman, 32, berkata, masalah banjir kilat di jalan masuk LP 7/1 menambahkan keresahan terutama musim hujan.

Sumber [Berita Harian]

Posted in News, The Landfill | 2 Comments »