Kepada Semua Penduduk Taman Desaminium

Tinggal kurang dari 1 minggu Umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan bagi yang beragama Hindu akan merayakan Deepavali. Di kesempatan ini kami ingin memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua penduduk Taman Desaminium sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang kita hidup berjiran.

Sekiranya anda pulang ke kampung halaman untuk berhari Raya atau bercuti sila pastikan keselamatan rumah anda telah dibuat dengan rapi. Kunci pintu didapur (yard) pasang lebih mangga di grill yard dan main door. pastikan sliding door dan pintu bilik dikunci. pasangkan lampu didalam rumah agar dapat mengelirukan pihak yg tak berkenaan. Cabut kepala gas dari tongnya agar mengelakkan sebarang punca kebakaran. Tutup semua suis yang tak digunakan. Sila tinggalkan nombor telefon kepada jiran anda dan minta mereka tolong perhatikan rumah anda sekiranya terdapat perkara yang mencurigakan.

Berhati-hatilah ketika memandu di jalan raya. pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan yang baik dan telah diservis. Periksa brek agar ianya berfungsi. Pastikan tayar spare ada angin agar boleh digunakan bila berlaku kecemasan.

Akhir kata selamat pergi dan selamat kembali ke Taman Desaminium.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
Happy Deepavali

Ikhlas dari :-

Ab Ghaffar Bin Mohammed
Pengerusi Pre-Management Corporation

Tn Hj Hassan Bin Mohamad
Pengerusi Surau Raudhatul Ilmi