taska1

Soalan Parlimen Mengenai Peraturan Terkandung Di Dalam Building & Common Property Act 2007.

Posted by Webmaster | News | Tuesday 23 June 2009 1:59 pm

Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilakah Kementerian akan membentangkan peraturan (regulations) yang sepatutnya terkandung di dalam Building and Common Property (Maintenance & Management Act 2007). Apakah Pesuruhjaya Bangunan (Commission Of Buildings) boleh mendakwa pemaju yang enggan mengikut arahannya berdasarkan Seksyen 17(7) dalam akta tersebut.

JAWAPAN :
Tuan Yang Di-Pertua.

Terima kasih diucapkan kepada Ahli Yang Berhormat atas soalan ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang menyediakan empat peraturan-peraturan (regulations) di bawah Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan 2007 (Akta 663). Di samping itu, KPKT juga sedang meneliti dan mengkaji peraturan-peraturan lain yang perlu dibuat bagi mempastikan Akta 663 dapat dikuatkuasakan dengan berkesan.

Selaras dengan Seksyen 42(1) Akta 663, Menteri perlulah mendapat persetujuan daripada Pihak Berkuasa Negeri terlebih dahulu sebelum peraturan-peraturan ini diwartakan dan dikuatkuasakan. Walau bagaimanapun, peraturan-peraturan ini tidak perlu dibentangkan dalam dewan ini.

Seksyen 17(7) Akta 663 memperuntukkan kesalahan bagi mana-mana pemaju yang gagal untuk mematuhi Seksyen 17 Akta 663 tersebut iaitu peruntukan mengenai tanggungjawab pemaju terhadap Akaun Penyelenggaraan Bangunan. Jika disabitkan kesalahan, pemaju boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM 100,000 dan juga denda tidak melebihi RM 1,000 bagi tiap-tiap hari yang kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Dalam hal ini, apa-apa kesalahan di bawah Akta 663 akan didakwa oleh Pendakwa Raya atau Timbalan Pendakwa Raya atau mana-mana orang yang diberikuasa oleh Pendakwa Raya termasuklah Pesuruhjaya Bangunan.

Source: Sassy MP, Teresa Kok

Forum Taman Desaminium

Posted by Webmaster | Announcements | Sunday 10 May 2009 4:58 pm

Forum Taman Desaminium

We use to have an electronic forum where all residents can have any discussions on any topic but that was discontinued as it was hosted by a free web hosting.

Thanks to a suggestion by a resident (Loserkidz) through this blog, we are happy to re-introduce this forum. This time the forum, called Forum Taman Desaminium, is hosted by the same service provider hosting our www.desaminium.com so the Webmaster has full control of the running and administration of the electronic forum.

Please be reminded that the forum members are required to exercise great care during the participation in the discussions in the forum so as not to offend other forum members who are also our neighbours as well.

For security reasons, the forum requires member registration and will be moderated by the forum Administrator. Any member who violated the terms and conditions of the usage of the forum will have to face the prospect of being banned and removal from the forum.

Please take note, the forum had just been created today so there will be ongoing efforts still required to update and improve the forum as we continue to use the new electronic forum.

GOOD LUCK DAN SELAMAT BERFORUM!

Mengimarahkan Surau: Ceramah “Gaza Menangis”

Posted by Webmaster | Announcements, Rimba | Friday 17 April 2009 11:47 pm

PERHATIAN: TARIKH BARU UNTUK CERAMAH GAZA MENANGIS

huda-palestine


Penceramah: Yang Berbahagia Ustaz Riduan Mohamad Nor(Anggota NGO Muslim Care)
Tajuk Ceramah: GAZA MENANGIS
Tarikh: 17 MAY 2009

Masa: Selepas solat Maghrib
Tempat: Surau Raudhatul Ilmi, Desaminium Rimba

Kutipan derma akan dibuat bagi membantu rakyat Palestine melalui Tabung Muslim Care

Jamuan Makan Malam akan disediakan.

Sesiapa yang berminat untuk menyumbang jamuan makan boleh menghubungi:

En Hj Hassan (Pengerusi Surau) 013-3883147
En Halim (Imam Surau) 019-261 2804

Taska Permata Kasih Taman Desaminium Flora

Posted by Webmaster | Announcements, Flora | Monday 19 January 2009 9:18 am

Taman Desaminium now has a new kindergarten, Taska Permata Kasih, located at Desaminium Flora. Check it out. The contact number is visible in the first photo.

tn_dsc00203

tn_dsc00201

tn_dsc00202

Room for rent

Posted by Webmaster | News | Monday 19 January 2009 2:32 am

Shuhada wrote:
-1 room available on Feb 2009
-Malay Muslim Female only
-Blok Keruing(blok biru)
-Mesin basuh,dapur,tv,astro etc
-Deposit+sewa bulanan RM120

Shuhada 012-5596584

Flora apartment wanted

Posted by Webmaster | News | Monday 19 January 2009 2:31 am

Hasmani wrote:
Saya sedang mencari apartment untuk disewa di Desaminium Flora kemasukkan February 2009.

0133942344

Thanks,
Hasmani

Apartment urgently needed

Posted by Webmaster | News | Monday 19 January 2009 1:00 am

farah wrote:
Memerlukan apartment secepat mungkin.
kemasukan akhir bulan January 2009.

VERY URGENT!HELP NEEDED.

kalau boleh partly furnished.
5 bilik 3 bathrooms.
malay owner kalau ada.
bilangan orang akan menyewa rumah, cuma 2 orang.(perempuan-malay)

thank you for your kind cooperation.
have a good day!

-farah-
please contact me at 012-2413389

Parking charges

Posted by Webmaster | Suggestions | Monday 5 January 2009 12:46 am

The Webmaster received the following comment via email…. hopefully it will be looked into by the JMB.

Diana wrote:
Saya berasa tidak puas hati kenapa pihak management menaikkan kadar sewa temporary parking drpd rm30 sebulan kepada rm50 sebulan dan harus bayar utk 6bulan terus. Pihak management haruslah memikirkan tentang penduduk disini yg bukan semuannya mempunyai pendapatan yg tinggi (klu tinggi, kami x duduk sini). Kami juga ingin menjaga kereta kami dr sebarang bencana jika diletakkan diluar. Jadi pihak management tolong lah jangan menaikkan kadar sesuka hati tanpa alasan yg benar2 munasabah.

Bilik untuk di sewa diblok Chengal

Posted by Webmaster | For Rental | Wednesday 3 December 2008 7:44 am

Yuzrizal wrote:

Block Chengal.
1 kekosongan. RM 200 sebulan.
Email ke Yuz_5@hotmail.com

Dilarang sidai kain terbuka di kediaman bertingkat tahun depan

Posted by Webmaster | News | Wednesday 3 December 2008 7:42 am

PUTRAJAYA: Mulai tahun depan, penghuni kediaman bertingkat seperti rumah pangsa dan pangsapuri tidak lagi dibenarkan menyidai pakaian secara terbuka seperti sekarang.

Satu garis panduan berhubung perkara itu akan dikeluarkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan bangunan kediaman baru memiliki kemudahan ampaian seperti ditetapkan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Pesuruhjaya Bangunan (COB) akan ditugaskan bagi memastikan peraturan baru itu dipatuhi, termasuk menyediakan tempat dan peralatan khusus kepada penghuni kediaman terbabit.

“Kita akan cuba melalui COB untuk ambil tindakan bagi menguatkuasakan perkara ini dan tindakan seperti menyediakan tempat yang khusus dan peralatan yang sepatutnya disediakan akan diambil.

“Sekiranya tindakan ini tidak berkesan maka, pindaan ke atas undang-undang sedia ada akan dipertimbangkan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Negara Untuk Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-61 di sini, hari ini.

Source: Berita Harian Online

Next Page »